Pematuhan SOP Di PPS Ditingkatkan, Segera Berpindah Jika Diarahkan

AHAD, 23 MEI 2021 

LIMBANG: Sebanyak tiga buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di PPS Dewan Kampung Ukong, PPS Dewan Kampung Buloh Baloi dan PPS Dewan Kampung Bidang telah dibuka bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir. 

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah berkata, semua agensi barisan hadapan yang terlibat mencukupi dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam mengawal penularan COVID-19 semasa banjir.

“Kita berharap setiap PPS akan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan kita tidak mahu ibarat jatuh ditimpa tangga.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Residen Bahagian LImbang, Pegawai Daerah, Jabatan Kebajikan Maysarakat (JKM) Bahagian Limbang dan semua agensi yang saya sebutkan tadi kerana cepat bertindak untuk menghadapi bencana ini.

“Alhamdulillah setakat ini tidak kemalangan, lemas atau kejadian yang tidak diingini berlaku di daerah Limbang semua agensi telah digerakkan untuk membantu, tahniah kepada mereka semua,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas mengadakan lawatan ke PPS di Daerah Limbang pada Sabtu.

Setakat Sabtu, sebanyak 5 buah PPS telah dibuka di Daerah Limbang dengan semuanya terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Danau antaranya PPS Dewan Masyarakat Medamit seramai 29 oang, PPS Dewan Kampung Ukong seramai 25 oang, PPS Dewan Kampung Buloh Baloi seramai 28 orang, PPS Dewan Kampung Bidang seramai 45 orang dan Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Menuang seramai 8 orang. 

Tambah Datuk Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang, penduduk diminta untuk lebih bewaspada dan difahamkan Ahad ini berlakunya air pasang besar (king tide).

“Sekarang banyak kawasan di hilir mula ditengelami oleh air yang turun dari hulu, alhamdulillah semuanya telah ditanggani dengan baik oleh agensi-agensi kerajaan.

“Saya berharap kepada mereka yang terlibat dalam bencana ini akan segera berpindah ke PPS jika diarahkan oleh agensi yang bertugas, janganlah berdegil ikut arahan kerajaan. 

“Jika air semakin naik terutamanya pada waktu malam ia akan merumitkan lagi usaha agensi yang bertugas untuk memindah mereka,” tambahnya. 

Turut sama hadir Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Penolong Pegawai Daerah Limbang Hamidah Haji Halpi dan Pemanca Jun Silah. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia