Pemeriksaan Tapak Projek RTP Di Air Terjun Sebarau, Kampung Bidak, Padawan

AHAD, 23 MEI 2021

PADAWAN: Kerajaan Sarawak menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2021 memperuntukkan RM300,00 bagi meningkatkan infrastruktur di kawasan air terjun Sebarau, Kampung Braang Bidak Padawan.

Sehubungan itu, pihak Pejabat Pusat Khidmat DUN Mambong telah melakukan pemeriksaan terhadap tapak projek berkenaan iaitu membina baru laluan pejalan kaki dan kemudahan awam pada Sabtu.

Projek ini akan dipantau serta dilaksanakan dibawah Majlis Perbandaran Padawan (MPP) selaku agensi pelaksana dan dijangka akan dilaksanakan tahun ini bergantung kepada proses dokumentasi yang dilakukan oleh pihak MPP.

Mewakili penduduk sekitar, Ketua Kaum Kampung Bidak merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Muda Pengangkutan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil kerana telah meluluskan peruntukan tersebut dan sentiasa peka dengan keperluan rakyat terutamanya dalam pembangunan infrastruktur.-EDISI UKAS

Share

add comment