Penganut Katolik Kampung Serasot Bakal Miliki Bangunan Gereja Baharu

AHAD, 23 MEI 2021

BAU: Penganut Katolik di Kampung Serasot bakal memiliki gereja yang lebih selesa untuk upacara sembahyang dan aktiviti keagamaan apabila siapnya pembinaan baharu gereja itu kelak.

Program penyerahan tapak projek gereja tersebut telah dilakukan oleh pengerusinya, Mindel Nyaku kepada syarikat Ah Hian Welding pada Sabtu.

Bagi kerja fasa ini yang dilaksanakan dalam tempoh lapan bulan yang melibatkan pembinaan lantai, tiang dan bumbung akan membabitkan kos sebanyak RM720, 892.

Kos tersebut merupakan jumlah peruntukan daripada Unit Untuk Agama-Agama lain (UNIFOR) tahun 2019 sebanyak RM100,000, Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi tahun 2019 dan 2020 oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep yang masing-masing berjumlah RM100,000.

Manakala jumlah lain adalah sumbangan peribadi ADUN Tasik Biru dan juga hasil kutipan derma daripada orang ramai.

Pembinaan baharu bangunan Gereja St. Leo yang dianggarkan menelan kos berjumlah RM1.4 juta itu kelak akan mampu memuatkan seramai 900 penganut Katolik dalam satu-satu masa.-EDISI UKAS

Share

add comment