ADUN Lingga Beri Sumbangan Kepada Tujuh Rumah Panjang Di Maludam

ISNIN, 24 MEI 2021

LINGGA: Sempena sambutan perayaan Hari Gawai Dayak yang bakal disambut tidak lama lagi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri telah memberi sumbangan kepada tujuh rumah panjang yang melibatkan 193 pintu keseluruhan di Maludam.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N28 Lingga, Yusop Lugom pada Ahad.

Sumbangan Hari Gawai tersebut merupakan rutin tahunan Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Lingga untuk kaum Dayak di situ.

Hadir sama, Naib Ketua Cawangan PBB N28 Lingga Kaunselor Kunjang Nanang, Setiausaha Cawangan PBB N28 Lingga, Awang Azahari Awang Ahmad, Ahli Majlis Daerah Betong Kaunselor Tarip Kidi dan AJK Cawangan PBB N28 Lingga Johnny Golong. -EDISI UKAS

Share

add comment