ADUN Saribas Hulur Sumbangan Kepada Penduduk Kampung Bungin

ISNIN, 24 MEI 2021

SARIBAS: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohammad Razi Sitam telah menyerahkan sumbangan kepada 20 orang penduduk Kampung Bungin yang sedang menjalani proses kuarantin kendiri, pada Isnin.

Bantuan diserahkan kepada wakil untuk diagihkan kepada penduduk.

Penduduk yang dikuarantin merupakan kontak rapat kepada Kluster Kampung Spaoh.

Mohammad Razi turut menyerahkan sumbangan kepada anggota Rela yang bertugas di pintu masuk kampung tersebut.-EDISI UKAS

Share

add comment