ADUN Simunjan Hulur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran Di Kampung Pantong Melayu

ISNIN, 24 MEI 2021

SIMUNJAN: Nasib malang menimpa sebuah keluarga di Kampung Pantong Melayu apabila rumah mereka musnah 100 peratus dalam satu kebakaran mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris.

Sumbangan bantuan yang bernilai RM500 telah disampaikan oleh Ketua Pemuda N25 Simunjan, Mohamad Alsaqaf Mohd Jaafar kepada mangsa kebakaran kampung tersebut, pada Ahad.

Menurut Awla, sumbangan tersebut adalah bantuan bagi meringankan beban keluarga yang terkesan.

“Sekurang-kurangnya  sumbangan ini dapat memberikan semangat baharu kepada mangsa,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Batang Sadong, Dato Sri Nancy Shukri melalui Pejabat Khidmat Rakyat Batang Sadong juga turun padang bagi meninjau rumah mangsa dan akan membantu membaik pulih kediaman mereka di bawah peruntukan bencana Batang Sadong. –EDISI UKAS

Share

add comment