ISNIN, 24 MEI 2021
LUNDU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Jamilah Anu telah membuat lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Lundu pada Isnin.
Tujuan lawatan tersebut adalah bagi beliau meninjau sendiri perjalanan proses vaksinasi COVID-19 di situ.
Beliau dimaklumkan bahawa seramai 329 orang yang hadir menerima vaksin pada Isnin, namun seramai 27 orang tidak hadir.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan kepada penerima vaksin di situ supaya memaklumkan kepada kaum keluarga dan sahabat handai untuk tidak takut menerima vaksin.
Turut hadir Pegawai Daerah Lundu Gustian Durani.- EDISI UKAS