Daerah Kecil Pantu Adakan Program Pemerkasaan Komuniti Hadapi Pandemik COVID-19

ISNIN, 24 MEI 2021

SRI AMAN : Satu ceramah berhubung pemerkasaan komuniti dalam menghadapi Pandemik COVID-19 peringkat Daerah Kecil Pantu telah diadakan pada Isnin.

Ia bertujuan memberi penerangan lebih lanjut kepada penduduk setempat mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, memandangkan sebelum ini terdapat dua buah kampung dalam kawasan itu pernah dikenakan perintah sekatan (lockdown).

Pengisian program tertumpu kepada sesi ceramah yang disampaikan oleh Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Sri Aman, Hamizan Yahya menerusi enam topik yang berkaitan COVID-19. -EDISI UKAS

Share

add comment