Datuk Bandar Miri Tinjau Projek Baik Pulih Pasar Besar Krokop 10

ISNIN, 24 MEI 2021

MIRI: Pasar Besar Krokop 10 yang ditutup sementara pada minggu lepas selepas seorang penjaja dijangkiti penyakit COVID-19 kini telah dibuka semula untuk kerja-kerja naik taraf. 

Operasi sanitasi telah diadakan Pasukan Taskforce Majlis Bandaraya Miri (MBM) di Pasar Besar Krokop 10 pada masa penutupan sementara.

Datuk Bandar Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang telah mengadakan lawatan ke Pasar Besar Miri di Jalan Krokop Utama pada Isnin bagi meninjau kerja-kerja baik pulih yang disambung semula. 

Projek Baik Pulih Pasar Besar Krokop 10 dijangka siap pada 1 Jun 2021.

Turut sama hadir Ahli MBM Kaunselor Dr. Vincent Huang Huat Choon. -EDISI UKAS