JKM Daerah Simunjan Hulur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran Di Kampung Pantong Melayu, Simunjan

ISNIN, 24 MEI 2021

SIMUNJAN : Prihatin dengan nasib sebuah keluarga yang kehilangan rumah dalam kebakaran di Kampung Pantong Melayu, Jabatan Kebajikan dan Masyarakat (JKM) Daerah Simunjan telah menghulurkan bantuan pada Ahad.

Sumbangan berbentuk bakul makanan tersebut disampaikan susulan rumah mangsa kebakaran, Zainul Talip, yang telah musnah 100 peratus dalam kebakaran kira-kira jam 4.15 petang pada Sabtu.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh wakil JKM Daerah Simunjan Bernedethe Tina Lamat kepada keluarga tersebut.

Turut sama adalah Ketua Sukarelawan Zon Simunjan Ara @ Kartina Amat dan Ketua Kampung Pantong Melayu, Simunjan Zamahari Razali.-EDISI UKAS

Share

add comment