Kepolisan Komuniti Perkasa Peranan KMKK Bendung Penularan COVID-19

ISNIN, 24 MEI 2021

SIBU: Peranan Ketua Masyarakat dan Ketua Kampung (KMKK) terus diperkasa dengan penganjuran Program Kepolisan Komuniti bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

Pejabat Daerah Sibu telah menganjurkan program tersebut bermula 22 hingga 23 Mei 2021 dengan kehadiran seramai 129 KMKK.

Taklimat disampaikan pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Sibu dan Pejabat Daerah Sibu dengan menekankan peranan KMKK komuniti Iban semasa sambutan Hari Gawai yang menjelang tiba.

Peserta diingatkan untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dipatuhi penduduk rumah panjang bagi mengelakkan penularan COVID-19 semasa perayaan Hari Gawai.

Dalam pada itu, peserta turut dimaklumkan mengenai perkembangan terkini kes COVID-19 di Daerah Sibu terutamanya dengan trend peningkatan kes di bahagian tersebut.-EDISI UKAS

Share

add comment