Kontraktor Diminta Beri Fokus Kepada Tempoh Penyiapan Projek Naik Taraf Pusat Latihan Pertanian Kubong

ISNIN, 24 MEI 2021

LIMBANG: Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail meminta kontraktor memberi fokus kepada penyiapan projek seperti yang ditetapkan selama 12 bulan telah pun bermula 16 Oktober 2020 dan sepatutnya siap 15 Oktober 2021. 

Projek Menaik Taraf Pusat Latihan Pertanian Kubong ini dilaksanakan Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) yang berjumlah RM2.8 juta. 

Sehingga April 2021, kemajuan projek hanya 33.17 peratus berbanding 43 peratus yang dijadualkan iaitu lewat 9.83 peratus. 

Antara skop projek ialah menaik taraf kemudahan PLP sedia ada, membina pagar di sekeliling PLP, menaik taraf culvert dan papan tanda pintu masuk ke PLP, membina baru makmal penyelidikan, membina baru tapak semaian dan pembenihan, membina bangunan genset dan tandas.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak Projek Menaik Taraf Pusat Latihan Pertanian Kubong di Pusat Latihan Pertanian Kubong pada Sabtu. 

Tambahnya Datuk Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota, faktor yang menyebabkan kelewatan pelaksanaan projek adalah keadaan cuaca yang tidak menentu, musim hujan dan masalah bekalan bahan binaan, selain itu pekerja di tapak binaan masih bercuti Hari Raya.

Hadir sama ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Limbang Christopher Dawat Anur, Penolong Pegawai Pertanian Bahagian Perikanan Darat Puri Angih dan Penolong Pegawai Pertanian (Stesen Pertanian Kubong) Janneiya Labai. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia