ISNIN, 24 MEI 2021
MIRI: ‘Miri Open Air Market’ akan ditutup pada 25 Mei 2021, Selasa bagi kerja sanitasi.
Majlis Bandaraya Miri (MBM) dalam kenyataan media pada Isnin berkata, kerja sanitasi dilaksanakan susulan daripada terdapat kes positif COVID-19 dikesan di Miri Open Air Market.
“MBM memutuskan mengambil tindakan segera dengan melakukan pembersihan di seluruh Miri Open Air Market selepas diberitahu Jabatan Kesihatan Miri terdapat kes positif COVID-19 dikesan di kawasan tersebut.
“Untuk keselamatan semua dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP), tindakan kerja sanitasi perlu dilakukan untuk memastikan kawasan itu bebas daripada virus COVID-19,” katanya. -EDISI UKAS