ISNIN, 24 MEI 2021
SONG: Warga emas yang mempunyai penyakit kronik di Daerah Song mula menerima dos pertama vaksin Covid-19 hari ini bertempat di Rumah Rehat Kerajaan Daerah Song.
Sebanyak 200 dos vaksin jenis Sinovac diberikan kepada penerima dengan proses imunisasi berjalan dengan lancar dan teratur bermula sejak jam 8 pagi lagi.
Wartawan UKAS sempat bertemu dengan beberapa penerima yang jelas bersemangat dan bersedia untuk mengambil vaksin.
Program Imunisasi Covid-19 Daerah Song akan dilaksanakan selama tujuh hari dan berakhir Ahad ini, 30 Mei 2021.
Dos kedua suntikan akan diberikan pada 14 Jun nanti dengan penerima disarankan agar terus mematuhi SOP walaupun sudah lengkap menerima vaksin. – EDISI UKAS