Projek Naiktaraf Sekolah SK Tanah Putih, Rumah Panjang Jana Siap Sepenuhnya

ISNIN, 24 MEI 2021

MERADONG: Warga Sekolah SK Tanah Putih dan Penduduk Rumah Panjang Jana kini boleh tersenyum selepas projek menaiktaraf sekolah dan rumah panjang berkenaan telah siap sepenuhnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) itu menelan kos sebanyak RM100,000.

Ditemui UKAS semasa majlis penyerahan tapak projek itu pada Isnin, beliau berkata projek RTP telah banyak membantu dalam membangunkan kawasan luar bandar khususnya menaiktaraf prasarana di rumah panjang dan sekolah.

Sehubungan itu, beliau amat berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana telah meluluskan dana di bawah Projek RTP DUN Meradong bagi melaksanakan projek naiktaraf itu.

Pada masa sama, beliau berharap rakyat di negeri ini akan terus memberi mandat kepada Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) agar projek RTP dapat diteruskan di kawasan luar bandar dan pembangunannya dapat dinikmati semua masyarakat khususnya di Meradong. – EDISI UKAS

Share

add comment