Pusat Khidmat DUN Simunjan Serah Bantuan Makanan Kepada Dua Kampung Yang Dikuarantin

ISNIN, 24 MEI 2021

SADONG JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris melalui Pusat Khidmat DUN Simunjan meneruskan serahan bantuan makanan kepada penduduk kampung yang dikuarantin di Kampung Sungai Putin dan Kampung Rangawan, Sadong Jaya, pada Ahad.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon 4 Rangawan, Rafendy Ariffen kepada tujuh ketua isi rumah (KIR) iaitu tiga daripada Kampung Sungai Putin (15 orang) dan empat dari Kampung Rangawan (16 orang).

Bantuan adalah susulan daripada arahan kuarantin terhadap keluarga yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif di Daerah Asajaya baru-baru ini.

Selain itu, penduduk kampung merakamkan penghargaan kepada wakil rakyat mereka di atas keprihatinannya dalam membantu mengurangkan beban menghadapi wabak COVID-19. –EDISI UKAS

Share

add comment