Seramai 614 Individu Lagi Hadir Terima Vaksin COVID-19 Di Bau

ISNIN, 24 MEI 2021

BAU: Seramai 614 individu hadir pada janji temu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 Bau yang dijalankan pada Ahad dan Isnin.

Rata-rata penerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 jenis Sinovac itu adalah membabitkan warga emas dan golongan berisiko.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Fasa Kedua itu bermula dari pukul 8 pagi hingga 3 petang bertempat di Dewan Perdana, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Sarawak.

Program dikendalikan oleh petugas kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bau, Klinik Kesihatan (KK) Singai, KK Serasot, KK Krokong, KK Siniawan, KK Ibu dan Anak Bau serta Pusat Kuarantin Bau. -EDISI UKAS

Share

add comment