Taklimat Kepolisian Komuniti Pastikan Semua Penduduk Jelas Mengenai SOP

ISNIN, 24 MEI 2021

SEBUYAU : Satu Taklimat Kepolisian Komuniti peringkat Daerah Kecil Sebuyau 2021 telah diadakan di Dewan Pembangunan Sebuyau, pada Isnin.

Program yang menghimpunkan kehadiran sebanyak 70 orang itu memfokuskan mengenai peranan semua pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi dalam memastikan semua penduduk mematuhi garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi mengelak penularan COVID-19 semasa sambutan perayaan Gawai yang bakal tiba.

Melalui inisiatif tersebut, setiap Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) disarankan untuk sentiasa memantau kawasan masing-masing bagi memastikan penduduk tidak melanggar SOP dan sekiranya ada, hendaklah dimaklumkan segera untuk tindakan. -EDISI UKAS