Tidak Dibenarkan Perkhidmatan Dine-in Dalam Kereta

ISNIN, 24 MEI 2021

KUCHING: Perkhidmatan layanan ‘dine-in’ dalam kereta yang menjadi inisiatif baharu pengusaha makanan adalah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP).

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail memberitahu, tindakan kompaun boleh dikenakan ke atas pengusaha premis dan dinasihatkan supaya menghentikan perkhidmatan tersebut.

“Menghantar hidangan kepada pelanggan untuk makan dalam kenderaan mereka atau kenderaan yang disediakan oleh premis adalah tidak mematuhi SOP.

Hanya bawa pulang (take away) sahaja dibenarkan,” katanya ketika dihubungi media.

Setakat ini katanya, sebuah premis makanan di Miri dikompaun pada Jumaat lalu kerana menyediakan layanan sedemikian.

Tambah Aidi, ia tidak menjadi kesalahan sekiranya pelanggan membeli (take away) dan makan di dalam kenderaan mereka sendiri.

Ini menurutnya melayan pelanggan dengan membawa makanan untuk dimakan dalam kenderaan dan mengambil semula bekas makanan dari pelanggan bukan dikategorikan sebagai bawa pulang adalah perlu difahami. -EDISI UKAS

Share

add comment