10 Keluarga Di Batu Kitang Terima Bantuan Makanan Ehsan

SELASA, 25 MEI 2021

KUCHING: Sebanyak 10 keluarga di dua buah kampung di kawasan Batu Kitang menerima bantuan makanan ehsan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang pada Selasa.

Bantuan tersebut adalah bagi meringankan beban keluarga yang telah diarahkan menjalani kuarantin oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengagihan bantuan makanan ehsan itu disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Penggerakan Kemajuan Kota Padawan, Albert Lee Joo Hee kepada ketua kampung untuk 10 Ketua Isi Rumah (KIR), iaitu tiga dari Kampung Taman RPR Landeh dan tujuh dari Kampung Haji Baki.

Penduduk kampung merakamkan penghargaan kepada wakil rakyat mereka di atas keprihatinan beliau dalam membantu mengurangkan beban dalam menghadapi wabak COVID-19. –EDISI UKAS

Share

add comment