12 Buah Kampung Dalam Zon Trusan Terima Bantuan Makanan

SELASA, 25 MEI 2021

LAWAS: Sebanyak 12 buah kampung dalam Daerah Trusan yang terjejas banjir menerima bantuan makanan.

Secara keseluruhannya sebanyak 367 Ketua Isi Rumah (KIR) menerima bantuan makanan ini yang akan membantu meringankan beban penduduk yang terjejas banjir.

Bantuan makanan ini disumbangkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan DUN Bukit Sari yang disampaikan Setiausahanya Awang@Ibrahim Ahmad bersama dengan AJK Pemuda PBB Cawangan DUN Bukit Sari kepada setiap Ketua Masyrakat dan Ketua Kaum (KMKK) di kampung tersebut pada Sabtu. -EDISI UKAS

Share

add comment