190 KIR Di Dua Buah Kampung Dalam DUN Bukit Sari Terima Bantuan Makanan

SELASA, 25 MEI 2021

LAWAS: Penyerahan bantuan makanan oleh Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Sari kepada mangsa banjir diteruskan pada Isnin. 

Kali ini, bantuan makanan telah diserahkan Ketua Pemuda PBB Cawangan DUN Bukit Sari Madon Nasib bersama Ahli Jawatankuas Pemuda PBB DUN Bukit Sari kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Kampung Tanjung Aru dan Kampung Aru. 

Kampung Tanjung Aru, Sundar menerima 85 paket makanan dan Kampung Aru Sundar menerima 95 paket makanan. 

Mereka menerima makanan kering dan pemberian ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban penduduk yang terjejas banjir. -EDISI UKAS

Share

add comment