200 Lagi Penduduk Kapit Divaksinasi

SELASA, 25 MEI 2021

KAPIT: Program Vaksinasi Covid-19 untuk dos pertama masih diteruskan di bahagian Kapit menyaksikan seramai 200 lagi individu menerima suntikan di Dewan Sri Baleh pada Selasa.

Ia dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Bahagian Kapit bermula sejak 22 hingga 30 Mei ini bagi penduduk di Kapit merangkumi Daerah Bukit Mabong.

Penerima yang kebanyakannya berusia 60 tahun ke bawah mula hadir di pusat pemberian vaksin sejak jam 8 pagi.

Program berjalan dengan lancar dan teratur sambil dibantu beberapa pegawai dari Pejabat Residen. – EDISI UKAS

Share

add comment