3 PPS Di Limbang Ditutup, 2 Lagi Masih Beroperasi

SELASA, 25 MEI 2021

LIMBANG: Tiga buah Pusat Pemindahan Sementera (PPS) di Daerah Limbang telah ditutup selepas kesemua mangsa banjir telah pulang ke rumah masing-masing. 

Pegawai Daerah Limbang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Limbang Superi Awang Said telah mengisytiharkan Dewan Medamit, Dewan Kampung Ukong dan Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Menuang ditutup. 

PPS Dewan Medamit telah ditutup pada jam 2.00 petang, PPS Dewan Kampung Ukong pula ditutup pada jam 2.00 petang dan PPS SK Menuang ditutup pada jam 4.00 petang.

Bagaimanapun, hanya 2 buah PPS yang masih beroperasi iaitu PPS Kampung Buluh Baloi dan Kampung Bidang. 

Angkatan Pertahanan Awam (APM Limbang) dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa (AJK) JPBD Limbang telah membantu proses penghantaran pulang mangsa dari PPS ke rumah atau kawasan kampung masing-masing. -EDISI UKAS

Share

add comment