380 Individu Di Mukah Disuntik Dos Pertama Vaksin Covid-19

SELASA, 25 MEI 2021

MUKAH: Seramai 380 individu dengan kebanyakannya warga emas menerima dos pertama vaksin Covid-19 bertempat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mukah pada Isnin.

Ia merupakan hari kesembilan program imunisasi di Mukah dengan penerima disuntik vaksin jenis Sinovac.

Wartawan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) sempat menemubual beberapa penerima selepas mereka menerima suntikan.

Menurut Penghulu Mawar Awang, beliau menyeru kepada penduduk yang tinggal di ulu sungai, rumah panjang atau di kawasan luar bandar untuk jangan takut untuk disuntik vaksin.

Pengerusi Sarakup Indu Dayak Sarawak, Cawangan Mukah, Teresa Thomas pula mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah memberi vaksin secara percuma kepada rakyat.

Kapitan Kueh Bing Chuan turut senada dengan menyeru penduduk kampung dan di rumah panjang untuk menerima vaksin.

Seorang lagi penerima, Junaidi Ramli turut menggesa orang ramai untuk tidak takut menerima vaksin kerana ia penting untuk melindungi diri dan semua. – EDISI UKAS

Share

add comment