ADUN Tarat Serah Tapak Projek RTP Di Kampung Sira & Kampung Gayu

SELASA, 25 MEI 2021

TARAT: Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat Datuk Roland Sagah Wee Inn turun padang menyaksikan majlis serah tapak Projek Kecil Luar Bandar (RTP) 2020 di sini pada Isnin.

Antaranya, projek menaik taraf jalan di Kampung Sira dan menaik taraf jalan dalam Kampung Gayu fasa dua.

Difahamkan projek di Kampung Sira melibatkan peruntukan sebanyak RM300,000, manakala projek di Kampung Gayu pula membabitkan dana RM200,000.

Projek tersebut dijangka siap pada 14 Julai 2021.

Datuk Roland dalam ucapan ringkasnya memaklumkan, agar Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk melaporkan terus kepada pihak Majlis Daerah Serian (MDS) selaku agensi bertanggungjawab sekiranya berlaku isu sepanjang tempoh pelaksanaan.

Hadir sama, Pegawai Daerah Serian Lim Hock Meng dan Setiausaha Majlis Daerah Serian Constantine Gerald David Jonas.-EDISI UKAS

Share

add comment