Balai Bomba Sri Aman Lakukan Sanitasi Awam Di Rh Johnson Seduku Panjai

SELASA, 25 MEI 2021

LINGGA: Anggota Balai Bomba Sri Aman telah melakukan sanitasi awam di Rumah Panjang Johnson, Seduku Panjai, Lingga pada Isnin.

Kerja-kerja sanitasi ini dilakukan setelah rumah panjang tersebut yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 23 Mei sehingga 5 Jun 2021.

Seramai tiga anggota bomba diketuai oleh Mohd Fadhli Buyong melakukan sanitasi di rumah panjang berkenaan.

Turut hadir bersama memantau proses sanitasi tersebut ialah Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Lingga, Mohammad Firdauz Abdillah. –EDISI UKAS

Share

add comment