Bantuan Ekonomi Legakan Golongan Nelayan Kampung Supa

SELASA, 25 MEI 2021

SPAOH: Golongan nelayan di Kampung Supa di sini kini boleh menarik nafas lega selepas menerima bantuan ekonomi daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohammad Razi Sitam.

Bantuan berupa enjin perahu itu merupakan inisiatif ADUN Saribas bagi membantu para nelayan yang aktif turun ke sungai untuk menangkap ikan sebagai salah satu punca rezeki golongan berkenaan.

Majlis ringkas penyerahan bantuan itu disempurnakan pada Isnin di kediaman Mohammad Razi.

Sementara itu, Pengerusi Ranting PBB Kampung Supa mengucapkan terima kasih kepada Mohammad Razi kerana sentiasa mengambil berat nasib penduduk di situ terutama dari segi penyediaan keperluan untuk mencari hasil pendapatan. – EDISI UKAS

Share

add comment