Dua NGO’s Serah Bantuan Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Daerah Kecil Trusan

SELASA, 25 MEI 2021

LAWAS: Simpati dengan keadaan penduduk yang terjejas akibat banjir, dua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s) Persatuan Che Wu Khor Moral Society dan Persatuan Che Wu Khor Moral Uplifting Society telah menyerahkan bantuan makanan kepada mangsa banjir di Daerah Trusan pada Ahad. 

Bantuan ini bertujuan meringankan beban penduduk yang sebelum ini rumah dan kediaman mereka telah dinaiki air dan rosak akibat banjir. 

Dalam kejadian banjir itu juga telah merosakan harta benda dan tanaman mereka yang sebelum ini menjadi punca pendapatan mereka. 

Sumbangan ini telah disampaikan Timbalan Menteri II, Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong kepada wakil penduduk di perkarangan kedai Lama Trusan. 

Sebelum ini, Dato Henry turut tampil menyerah bantuan makanan kepada penduduk di beberapa buah kampung yang terkesan akibat banjir. -EDISI UKAS

Share

add comment