Pastikan PPS Berada Dalam Keadaan Selesa, Patuhi SOP PKPB

SELASA, 25 MEI 2021

LIMBANG: Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi mahu setiap Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berada dalam keadaan selesa dan patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

Untuk itu, setiap PPS perlu mempunyai keperluan yang mencukupi seperti tilam, kipas, bekalan air dan kemudahan tandas untuk keselesaan mangsa banjir dan petugas. 

Selain itu, pematuhan SOP PKPB juga harus dititiberatkan dengan melakukan proses saringan kesihatan sebelum memasuki PPS yang bertujuan proses pengasingan sekiranya dikenal pasti bergejala. 

Beliau berkata demikian semasa turun padang dan meninjau sendiri keadaan PPS di Dewan Masyarakat Medamit yang baru dibuka dan menempatkan mangsa banjir baru-baru ini. 

Residen Bahagian Limbang itu turut diberikan taklimat ringkas mengenai operasi dan pengurusan PPS dengan ketika itu seramai 16 mangsa banjir telah ditempatkan di situ. 

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Hamidah Halpi dan Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah LimbangAwangku Mohd Hazmin Awangku Zainal. -EDISI UKAS

Share

add comment