Pejabat Kesihatan Bahagian Miri Beri Penjelasan Berhubung Laporan Ujian Calitan COVID-19 Ambil Masa 3 Hari

SELASA, 25 MEI 2021

MIRI: Pejabat Kesihatan Bahagian Miri memaklumkan hasil laporan ujian calitan COVID-19 perlu mengambil masa lebih kurang 48 jam atau lebih. 

Proses tersebut juga memerlukan tenaga pekerja secara manual untuk mengambil sampel, kajian dan laporan data.

Penjelasan ini dibuat Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Dr. P. Raviwharmman Packierisamy berhubung aduan orang awam yang terpaksa menunggu sehingga tiga hari untuk mendapatkan keputusan ujian calitan COVID-19. 

Keadaan ini telah menyebabkan pengadu terpaksa menunggu lama dan memberi tekanan dan kerisauan kepadanya berkenaan dengan keputusan ujian calitan COVID-19 itu. 

Dalam pada itu, Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting bersama Kaunselor Leslie Lau telah menyampaikan sumbangan sebanyak 400 helai baju Pakaian Perlindungan Diri (PPE) dan 2,000 keping pelitup muka dan hidung kepada Pejabat Kesihatan Bahagian Miri pada Selasa. -EDISI UKAS

Share

add comment