Persatuan Che Wu Khor Moral Uplifting Society Serah Bakul Makanan Kepada Mangsa Banjir

SELASA, 25 MEI 2021

LAWAS: Persatuan Che Wu Khor Moral Uplifting Society telah menyerahkan bantuan makanan kepada penduduk di Kampung Murud – Suang, Kampung Lintang dan Kampung Serapang  yang terjejas akibat banjir. 

Sumbangan telah disampaikan Pengerusinya Liaw Kian Meng kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) setiap kampung sebelum diserahkan kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR). 

Agihan makanan ini bertujuan meringankan beban penduduk yang terjejas banjir. 

Sehingga kini, penduduk telah menerima bantuan makanan sebanyak tiga kali oleh Ahli Parlimen Lawas, Pusat Khidmat DUN Bukit Sari dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s). -EDISI UKAS

Share

add comment