Peruntukan RTP ADUN Batu Kitang Baiki Gelanggang Futsal Kampung Paya Mebi

SELASA, 25 MEI 2021

KUCHING: Setelah mendapat aduan daripada belia mengenai kerosakan gelanggang futsal di Kampung Paya Mebi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang turun padang bagi meninjau masalah tersebut, pada Selasa.

Jelasnya, gelanggang futsal itu sudah usang yang melibatkan kerosakan pada pagar dawai, tiang gol, tandas termasuk cat gelanggang yang sudah pudar.

“Bagi menyelesaikan masalah ini maka saya meminta pegawai jurutera Majlis Perbandaran Padawan (MPP) untuk menyukat keluasan dan pengiraan kos membaikpulih gelanggang futsal ini.

“Kerja-kerja membaik pulih akan dilaksanakan melalui Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang sedia ada pada tahun ini,” katanya.

Selain itu, beliau yang juga Pengerusi MPP memberitahu, sebut harga akan dibuka pada kontraktor bagi melaksanakan projek tersebut secepat mungkin. –EDISI UKAS

Share

add comment