Seramai 690 Orang Penerima Vaksin COVID-19 Di Lubok Antu Setakat Ini

SELASA, 25 MEI 2021

LUBOK ANTU: Setakat 24 Mei lepas, seramai 690 orang penerima telah menerima vaksin COVID-19 di Lubok Antu sejak ia bermula pada 22 Mei 2021.

Timbalan Residen Bahagian Sri Aman Alvis Didit telah membuat pemantauan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 di Dewan Kompleks Sukan Lubok Antu bersama dengan Ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Bahagian Sri Aman pada Isnin.

Program vaksinasi yang berlangsung selama lima hari itu berjalan lancar mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Tinjauan mendapati para penerima warga emas yang telah tersenarai tinggal di kawasan hulu sungai dan jauh ke pedalaman menghadapi pengangkutan untuk ke pusat pemberian vaksin tersebut. –EDISI UKAS

Share

add comment