Shin Yang Sumbang Mesin Pengekstrak Automatik Dan Mesin PCR Kepada Hospital Miri

SELASA, 25 MEI 2021

MIRI: Hospital Miri telah menerima sebuah Mesin Pengekstrak Automatik dan sebuah Mesin PCR sumbangan Syarikat Shin Yang Sdn Bhd.

Dalam kenyataan media pada Selasa berkata, sumbangan ini telah membolehkan kapasiti makmal molekular di Hospital Miri dilengkapi dengan jumlah keseluruhan sebanyak tiga buah mesin Pengekstrak Automatik dan 4 buah mesin PCR. 

“Pada masa ini Hospital Miri menerima 800 hingga 1000 sampel ujian calitan sehari secara purata.

“Dengan sumbangan mesin tersebut akan memperkukuhkan kapasiti makmal untuk memproses 900 hingga 1,000 sampel ujian calitan setiap hari,” katanya. 

Sumbangan ini telah disampaikan wakil Shin Yang James Ling Lu Kiong kepada Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong Siew yu dan disaksikan Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri yang merupakan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin. 

Dalam kenyataan sama, Shin Yang juga telah menyumbang peralatan di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) pada tahun lepas dan telah digunakan sepenuhnya untuk memberi rawatan kepada para pesakit.

Antara peralatan perubatan yang disumbang ialah Insentive Care Close & Open Infant 1 unit, High End ICU Patient Monitor 4 unit, Multifunction Electrical Bed 1 unit, Electrical ICU Bed Ga Ii Series 3 unit, Fluid Management System 4 unit, Pediatric Ventilator 1 unit, Media 2.0Hp Wall Mount Split 3 unit, Extend 20A Aircond Point & Plug Socket 1 unit dan Samsung 18000 Wall Mount Split 1 unit. 

Sehingga kini, jumlah keseluruhan sumbangan Shin Yang kepada Hospital Miri menghampiri RM1 juta. -EDISI UKAS

Share

add comment