SUPP Cawangan Lawas Serah Bantuan Makanan Kepada Penduduk Terjejas Akibat Banjir

SELASA, 25 MEI 2021

LAWAS: Simpati dengan penduduk yang terjejas akibat banjir di Kampung Long Tukon, Murud Suang dan Kampung Gelapas Laut, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Lawas telah tampil menghulurkan bantuan makanan pada Ahad. 

Pengerusinya Kaunselor Liaw Ho Peng berkata, sumbangan ini bertujuan meringankan beban penduduk yang terjejas akibat banjir yang disifatkan yang terburuk pernah berlaku berbanding sebelum ini. 

Sumbangan ini telah disampaikan Kaunselor Liaw Ho Peng kepada wakil penduduk di tiga buah kampung dan dibantu Jawatankuasa SUPP Cawangan Lawas. -EDISI UKAS

Share

add comment