RABU, 26 MEI 2021
SONG: Seramai 200 orang menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 jenis Sinovac di Rumah Rehat Kerajaan Daerah Song pada Selasa.
Dos pertama vaksin tersebut telah diberikan kepada orang awam dan mereka yang mempunyai penyakit kronik bermula 24 Mei sehingga 30 Mei ini.
Manakala bagi dos kedua pula akan dilakukan pada 15 Jun nanti.
Secara keseluruhanya penerima vaksin yang ditemui bersedia dan bersemangat mengambil vaksin bagi pelindungan diri keluarga dan masyarakat.-EDISI UKAS