25 JKKK Rumah Panjang Di Meradong Terima Geran

RABU, 26 MEI 2021

MERADONG: Sebanyak 25 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Panjang di sekitar kawasan Meradong menerima geran berjumlah keseluruhan RM35,600.

Geran tersebut disampaikan oleh ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing dalam majlis ringkas di Rumah Panjang Kawasan Sg Lemayong, Jalan KJD, Ulu Stras dan Nanga Stras pada Selasa.

Datuk Ding dalam pada itu menasihati tuai-tuai rumah agar sentiasa memantau keadaan anak-anak buah mereka bagi memastikan keselamatan mereka sentiasa dilindungi dari wabak Covid-19.

Katanya, para tuai rumah juga perlu memastikan semua penduduk rumah panjang meraikan Hari Gawai secara sederhana dan tidak perlu menziarahi antara satu sama lain. – EDISI UKAS

Share

add comment