RABU, 26 MEI 2021
TATAU: Seramai 378 warga emas dari Daerah Tatau telah menerima suntikan vaksin COVID-19 dos pertama pada Selasa.
Turut menerima suntikan vaksin COVID-19 ialah golongan rentan dan kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di Daerah Tatau.
Suntikan dos kedua vaksin COVID-19 akan diadakan pada 15 Jun nanti.
Proses pemberian vaksin COVID-19 berjalan lancar yang dibantu petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibantu Sukarelawan, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan kakitangan Pejabat Daerah Tatau. -EDISI UKAS