ADUN Bukit Begunan Sumbang Bantuan Makanan Kepada Rumah Aji Laga, Sunga Ban Yang Dikuarantin

RABU, 26 MEI 2021

SRI AMAN: Pusat Khidmat Gabungan Parti Sarawak (GPS) N31 Bukit Begunan telah menghantar bantuan makanan kepada 18 pintu penduduk yang dikuarantin di Rumah Aji Laga, Sunga Ban, Tanjung Bijat, pada Selasa.

Bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang tersebut adalah bagi meringankan beban penduduk kampung.

Terdahulu, pengesanan kes secara aktif (ACD) telah dijalankan ke atas penduduk Rumah Aji Laga, Sunga Ban, Tanjung Bijat. –EDISI UKAS

Share

add comment