ADUN Muara Tuang Terus Hulur Bantuan Makanan Ehsan

RABU, 26 MEI 2021

SAMARAHAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato’ Idris Buang melalui petugas First Response Team Pusat Khidmat DUN Muara Tuang meneruskan lagi penghantaran Bantuan Makanan Ehsan (BME) kepada penduduk kampung yang dikuarantin di kawasan berkenaan.

Sebanyak tiga kampung melibatkan 18 keluarga menerima penghantaran bantuan makanan dan senarai kampung tersebut adalah Kampung Melayu (9 keluarga), Kampung Semawang (8 keluarga), dan Kampung Tanjung Bundong (1 keluarga).

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Ketua Marqas DUN Muara Tuang, Aziz Mohamad kepada ketua kaum masing-masing pada Selasa.

Sementara itu, penduduk kampung merakamkan penghargaan kepada Dato’ Idris Buang di atas keprihatinan beliau dalam membantu mengurangkan beban mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). -EDISI UKAS

Share

add comment