ADUN Pakan Tinjau, Serah Projek Siap Rumah Morris

RABU, 26 MEI 2021

PAKAN: Projek menyimen laluan pejalan kaki Rumah Morris Nyalak di Pakan kini telah siap sepenuhnya.

Projek dilaksanakan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Pakan menelan kos sebanyak RM70,000 itu mulah dibina pada 12 Mac 2021 dan siap 26 April 2021.

Pada Selasa, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom bersama Jurutera Awam Jabatan Kerja Raya Bahagian Sarikei, Wong Qing Hsian telah meninjau dan menyerahkan tapak projek kepada Tuai Rumah Morris.

Projek tersebut merupakan inisiatif Tan Sri William Mawan menyediakan kemudahan laluan konkrit kepada penduduk Rumah Morris untuk menjalankan aktiviti harian di sungai berdekatan.-EDISI UKAS

Share

add comment