Daerah Miri Catat Kluster Baharu Jalan Dato Permasuri

RABU, 26 MEI 2021

MIRI: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri mengumumkan satu kluster baharu Jalan Dato Permaisuri telah dikesan di Daerah Miri. 

Menteri Bertanggungjawab JPBB Miri Datuk Lee Kim Shin dalam kenyataan media pada Rabu berkata, setakat hari ini Miri telah mencatat lapan kluster aktif termasuk terbaru Kluster Jalan Dato Permaisuri.

Antara kluster yang masih aktif ialah Kluster Abak Bon (237 kes), Kluster Sains Bakam (43 kes), Kluster Jalan Agama (182 kes), Kluster Air Padang (29 kes), Kluster Long Jegan (116 kes), Kluster Jalan Limbang (182 kes), Kluster Jalan Lilin (63 kes) 

“Kluster Jalan Dato Permaisuri, yang telah dilaporkan pada 25 Mei 2021 merupakan satu kluster komuniti yang dikesan di sebuah rumah kediaman yang beralamat di Jalan Dato Permaisuri 2C, Miri. 

“Kes indeks kepada kluster ini adalah kes ke-34,172 yang merupakan seorang perempuan berumur 22 tahun yang telah dikesan hasil saringan bergejala. 

“Kes indeks tersebut juga didapati telah mengadakan aktiviti sosial makan beramai-ramai yang melibatkan 11 orang yang terdiri daripada kes indeks, 3 ahli serumahnya dan 7 rakan sosial mereka,” katanya. 

Tambah Datuk Lee yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak, Pejabat Kesihatan Miri telah melakukan pengesanan kes aktif (ACD) di kalangan kontak rapat dan kontak sosial. 

“Setakat 26 Mei 2021, sejumlah 176 individu telah disaring, di mana 33 dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 140 dikesan negatif, dan 3 masih menunggu keputusan ujian saringan. 

“Kesemua kes positif COVID-19 telah dirujuk ke hospital untuk rawatan dan pemantauan dan telah dimasukkan ke PKRC di daerah Miri. 

“Kontak rapat yang lain telah dikuarantin di rumah masing-masing,” tambahnya. 

Justeru, JPBB Miri menyeru masyarakat Miri termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus kekal berwaspada dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP). -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia