RABU, 26 MEI 2021
TINJAR: Keadaan banjir yang telah surut telah memudahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri menyalurkan bantuan makanan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir di Rumah Banyah Banyi, Sungai Sebubu pada Selasa.
Sebanyak 176 pek makanan Kering telah diagihkan kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) bagi meringankan beban penduduk yang baru sahaja menghadapi banjir.
Dalam kejadian banjir pada 21 hingga 23 Mei 2021, rumah panjang Banyah telah dinaiki air setinggi dua hingga tiga kaki.
Air mula surut pada 24 Mei dan kini penduduk telah mula membersihkan rumah masing-masing. -EDISI UKAS