JPBB Bintulu Akan Laksanakan Pemantauan Pematuhan SOP Diperketatkan PKPB Pada 29 Mei Ini

RABU, 26 MEI 2021

BINTULU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu akan melaksanakan pemantauan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Diperketatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 29 Mei ini. 

Pengerusinya, Jack Amat Luat berkata, pemantauan akan dilakukan mengikut bidang kuasa jagaan penghulu dan setiap pasukan akan dianggotai agensi yang berkaitan dan diketuai oleh Pegawai Daerah. 

“Pemantauan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kempen kepada penduduk di rumah panjang kegunaan MySejahtera, pelitup muka dan pembersih tangan (hand sanitizer),” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas JPBB Bintulu di Pejabat Residen Bintulu pada Selasa. 

Tegas Jack Aman yang juga Residen Bahagian Bintulu, sekiranya terdapat rumah-rumah panjang yang melanggar SOP  Diperketatkan PKPB, pihak berkuasa tidak teragak-agak untuk mengeluarkan kompaun kepada rumah panjang tersebut. 

Hadir sama Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu Dr. Melvin Chung, Ketua Polis Daerah Bintulu Supritenden Zulkipli Suhaili dan Pegawai Daerah Bintulu Muhammad Dino Amid.-EDISI UKAS

Share

add comment