JPBD Marudi Hantar Bantuan Makanan Dan Minuman Kepada Mangsa Banjir

RABU, 26 MEI 2021

MULU: Sebanyak 755 pek makanan dan minuman telah dihantar Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Marudi menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Marudi kepada mangsa banjir di 19 buah kampung pada Rabu. 

Antara kawasan yang menerima bantuan makanan dan minuman ialah Rumah Asong, Linei 41 pek, Long Patan 24 pek, Long Pahlo 14 pek, Long Ukok 20 pek, Kuala Tutoh 73 pek, Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Tutoh 8 pek, Benawa 54 pek, SK Benawa 11 pek dan Long Maro 60 pek. 

Turut menerima bantuan ialah Rumah Vincent Tanjung Upar 34 pek, Rumah Mugang, Tanjung Upar 29 pek, Rumah Jipun, Sungai Gaong 16 pek, Rumah Gerinang, Logan Tasong 11 pek, Lubok Kulat 4 pek dan KK Madeli, Lubok Tumau 14 pek.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tutoh Apoh 54 kotak mineral, SK Long Panai 18 kotak mineral, Klinik Long Panai 12 kotak mineral dan Long Panai 258 kotak mineral. 

Penghantaran makanan dan minuman telah dilakukan dengan menggunakan kapal dari Pekan Marudi di kawasan sepanjang Sungai Baram dan Sungai Tutoh. 

Operasi penghantaran turut disertai agensi-agensi JPBD Marudi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Marudi dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). -EDISI UKAS

Share

add comment