Kebocoran Paip Utama Punca Gangguan Bekalan Air Di Sungai Asap

RABU, 26 MEI 2021

KUCHING : Penduduk di seluruh kawasan Sungai Asap mengalami gangguan bekalan air bermula jam 11 pagi semalam dan berakhir apabila kerja baikpulih selesai dilakukan.

Jabatan bekalan air luar bandar (JBALB) Bahagian Bintulu dalam kenyataan media pada Rabu memaklumkan punca gangguan bekalan tersebut disebabkan terdapat kebocoran paip air utama di simpang berdekatan dengan Simpang Uma Badeng.  

Sehubungan itu, pihak kontraktor telah dimaklumkan agar kerja-kerja baikpulih dijalankan dengan segera serta penghantaran bekalan air ke kawasan yang terjejas turut dilakukan oleh pihak JBALB Bahagian Bintulu bagi memastikan bekalan air dapat dibekalkan ke semua penduduk. 

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh menghubungi terus ke talian 016-8618527 (Lai Kien Hong), 014-5997890 (Lau Jing Teck) atau 019-8796395 (Moses Tandang). – EDISI UKAS

Share

add comment