Pejabat Daerah Matu Ambil Pendekatan Mohon Tuai Rumah Hantar Laporan Pematuhan SOP

RABU, 26 MEI 2021

MATU: Pejabat Daerah Matu mengambil pendekatan memohon tuai rumah untuk menghantar laporan pemantauan harian di rumah panjang sebagai langkah memastikan penduduk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mengekang penularan COVID-19.

Pekara itu ditekankan penceramah dari Pejabat Daerah Matu, Zaraina Sahari semasa Program Community Empowerment Daerah Matu Tahun 2021 yang diadakan di sembilan buah rumah panjang di Sungai Passin, Matu pada Isnin.

Laporan adalah berkisar kepada aktiviti harian di rumah panjang bermula 28 Mei hingga 3 Jun 2021 termasuk berkaitan upacara miring semasa Gawai Dayak nanti.

Selain itu, laporan perlu dibuktikan dengan gambar dan dihantar melalui ‘WhatApps Group’.

Dalam pada itu, penceramah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu, ASP Johnson Nuing turut mengingatkan penduduk agar mematuhi dan peka dengan SOP yang ditetapkan sempena perayaan Gawai Dayak yang akan menjelang tiba.-EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia