Pejabat Daerah Selangau Anjur Taklimat ‘Program Community Policing’

RABU, 26 MEI 2021

SELANGAU: Satu taklimat ‘Program Community Policing’ peringkat komuniti Pejabat Daerah Selangau  telah di adakan di sini pada Selasa.

Ia merupakan salah satu usaha memupuk kesedaran kepada orang ramai  mengenai ancaman COVID-19 dan cara pencegahannya dalam membantu kerajaan dalam menangani ancaman pandemik tersebut.

Sementara itu, turut diadakan ceramah berhubung Prosedur Operasi Standard (SOP) sambutan perayaan Hari Gawai khasnya bagi aktiviti Upacara Miring, Pra-Gawai dan Sambutan Hari Gawai.

Selain itu, masyarakat juga digesa untuk tampil mendaftar mendapatkan suntikan vaksin bagi mencapai imuniti kelompok. – EDISI UKAS

Share

add comment