Penduduk Rumah Panjang Di Long Lama Terima Suntikan Vaksin COVID-19

RABU, 26 MEI 2021

LONG LAMA: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa Kedua melibatkan warga emas dan golongan rentan diperluaskan di kawasan pedalaman di Long Lama pada Selasa. 

Seramai 198 orang yang terdiri daripada penduduk dari Kampung Uma Akeh, Long Banyok dan Kampung Sungai Dua menerima suntikan vaksin COVID-19. 

Daripada jumlah itu, dua orang penduduk dari kaum Penan turut tampil dan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. 

Walaupun ketika ini sebahagian besar kawasan di Long Lama terlibat dalam banjir, penerima vaksin COVID-19 tetap turun mendapatkan vaksin COVID-19 seperti yang telah maklumkan dalam temu janji awal. -EDISI UKAS

Share

add comment